Search This Blog

(Gambar) Aksi Panas Maya Karin & Aaron Aziz Di Atas Katil


Biar betul... menariknya gambar ini hanyalah lakonan dalam filem arahan Osman Ali yang diadaptasi dari novel Ombak Rindu.
Sinopsis filem Ombak Rindu : 
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.



Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?


Filem ini diterajui oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.

erm... cantiknya Maya Karin bertudung kan? tapi yang tak cantiknya babak atas katil tu...  entahlah tapi inilah hakikatnya dunia hiburan kita... 

No comments:

Post a Comment

MISI

MISI

Followers

Kami Pembela Negara

Kami Pembela Negara

Kami Adalah

Kami Adalah

ShoutMix chat widget