Search This Blog

(Gambar) BERSIH 2.0 : Sedih, Pilu, Geram dan MELUAT!


 
 
Senario Bandaraya Kuala Lumpur ketika BERSIH 2.0 diadakan. Apa yang jelas lautan manusia tetap datang menyertainya walaupun pelbagai halangan dan rintangan dibuat pihak berkuasa atas alasan keselamatan. Bingung kerana titah perintah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung mengarahkan perhimpunan di stadium tidak diendahkan. Sedih dan rasa tercabar! 


Daripada isu permohonan permit yang ditolak sehinggalah berbagai cerita menjengkelkan. Sepatutnya titah baginda perlu dipegang dan diusahakan!


Inilah akibatnya apabila kedua-dua pihak menunjukkan besar kepala! Mujur juga tidak berlaku peristiwa besar yang boleh menggugat ketenteraman negara sepanjang perhimpunan ini. Teringin benar rasanya melihat sekiranya perhimpunan sebegini diadakan ketika kes-kes sensitif seperti Lina Joy, penggunaan kalimah Allah dan lain-lain isu sensitif terutamanya yang digerakkan oleh Presiden Majlis Peguam Malaysia.


Sangsi pula ketika melihat cubaan PERKASA menonjolkan diri. Malahan gurauan PATRIOT yang turut sama menyempilkan diri kononnya menentang BERSIH. Untuk apa dikumpulkan pemuda-pemuda Melayu ini? Apakah kalian juga tidak yakin dengan peranan pihak berkuasa? Inilah senario politik di Malaysia yang membuatkan rakyat semakin benci dan meluat dengan lakonan mereka ini. 


Apa jua isu eloklah dibawa ke meja rundingan, kalau sukar sangat nak berunding cubalah dapatkan pandangan Istana Negara sejajar dengan peranan Baginda sebagai tonggak utama pemerintahan negara. Janganlah dikorbankan keamanan dan kedamaian ini. 

Bangkitlah semula rakyat Malaysia! Bangkitlah semua sahabatku... Jangan sesekali kita terpedaya dengan tipu daya musuh kita yang nyata!

No comments:

Post a Comment

MISI

MISI

Followers

Kami Pembela Negara

Kami Pembela Negara

Kami Adalah

Kami Adalah

ShoutMix chat widget